Tuesday, March 22, 2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK

 

Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala. Ujian kendiri juga digalakkan sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19 atau sebagai saringan sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Kit ujian kendiri mudah didapati di kedai-kedai dan di farmasi
  • Pastikan ianya diluluskan oleh MDA
  • Lakukan ujian mengikut tatacara kit ujian tersebut
  • Keputusan ujian samada positif atau negatif perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera
  • Sekiranya positif, isolasi diri serta merta secara bertanggungjawab sehingga tarikh yang dinyatakan pada HSO yang akan diberikan melalui MySejahtera dan ikuti tatacara TRIIS
  • Semua kontak dalam masa tiga hari sebelum gejala/ujian perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.

Tuesday, March 15, 2022

HIDUP BERSAMA VIRUS COVID-19

 


Dalam Fasa Peralihan ke Endemik, peranan komuniti amat penting agar kita dapat hidup secara sihat dan selamat walaupun virus COVID-19 masih lagi berada dalam persekitaran. Fasa ini merupakan ' exit strategy' dan amat kritikal bagi membawa kita ke fasa endemik yang membolehkan kita kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal. Untuk berjaya hidup bersama virus COVID-19 atau Living with COVID-19, virus setiap individu perlu mengamalkan langkah-langkah seperti di atas.

PERBEZAAN MAKSUD ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK

 


Apakah maksud endemik, epidemik dan pandemik ?

Kehidupan kita tidak boleh lari daripada kehadiran virus dan mikroorganisma lain dipersekitaran kita. Istilah endemik, epidemik dan pandemik adalah antara istilah penting dalam bidang kesihatan awam bagi menggambarkan keseriusan kadar penyebaran sesuatu penyakit, terutamanya penyakit berjangkit.

Pemahaman istilah ini adalah penting dalam menentukan strategi pencegahan dan kawalan yang perlu diambil serta penglibatan komuniti dalam memastikan strategi yang diambil itu berkesan.

PENJAGAAN DIRI SEMASA MENJALANI ISOLASI


Adakah anda positif COVID-19 ? Berikut adalah nasihat penjagaan diri semasa menjalani isolasi untuk COVID-19. Semoga membantu.

CARA MELAPOR KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI

Dah buat ujian kendiri tapi masih lagi tidak tahu macam mana nak kemaskini keputusan di aplikasi MySejahtera? Sila ikuti tutorial langkah demi langkah, seperti infografik ini.





PERALIHAN KE FASA ENDEMIK

 

Bermula 1 April 2022, kita akan mula ke fasa peralihan endemik dengan pembukaan sempadan negara, pemansuhan penjarakan fizikal untuk solat jemaah, pemansuhan had waktu operasi premis niaga dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun pelitup muka masih perlu terus dipakai.

Tuesday, March 8, 2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK

 

'Reopening Safely' diusahakan oleh Kerajaan. Negara akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' mulai 1 April 2022, bagi membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan hampir normal selepas berdepan dengan cabaran menangani masalah COVID-19. Sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022.

Bagi negara yang masih menutup sempadan, Keluarga Malaysia boleh menggunakan kaedah VTL yang dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit. Pemakaian penutup muka masih diwajibkan. Pendaftaran kemasukan menggunakan Mysejahtera masih diwajibkan kecuali dikawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.

Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan, waktu operasi mengikut syarat lesen. Aktiviti solat berjemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Had kapasiti 50% aktiviti berkumpulan dimansuhkan dengan syarat ada penjarakan fizikal yang munasabah.

Keputusan terkini ini dapat merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK

  Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala. Ujian kendiri juga digalakkan sekiranya mengesyak...